Mulakan pagi Ramadan dengan keberkatan sedekah subuh


Apa yang kita dah buat untuk memulakan pagi ramadan yang mulia ini?
- Bertahajud
- Mengaji Quran
- Berzikir
- Solat Subuh Berjemaah
Bagaimana dengan bersedekah? Jika belum, jom kita lengkapkan amalan pagi ini dengan bersedekah yang cukup besar fadhilatnya lebih lebih lagi dengan niat untuk membantu insan yang memerlukan

Apa hubungan Malaikat dengan kita yang melakukan sedekah? Jom Perhatikan Hadis ini
Tahukah tuan puan, sebenarnya ada pelbagai cara untuk berinfaq:
Bukan setakat dengan tanah, bangunan dan aset kekal! Malah, Islam juga mengharuskan infaq tunai. Dengan infq tunai, wang akan dikumpul sebagai dana akan ditukarkan dalam bentuk harta kekal. Tidak semua berpeluang untuk menginfaqkan
Namun, Jika kita berpeluang dan diberikan masa untuk berinfaq, maka manfaatkanlah. Ini adalah salah satu cara berbakti kepada masyarakat! Oleh itu, Yayasan Maghfirah menyeru agar kita semua menyumbang pada mereka yang memerlukan.Â
Siapakah Yayasan Maghfirah Bantu?
Antara golongan yang kami akan bantu:
- Golongan asnaf
- Golongan OKU
- Anak-anak yatim
- Ibu ibu tunggal
- Peniaga Kecil
- Pelajar-pelajar tahfiz
- Pusat Dakwah Remaja
- Pembangunan pusat dakwah dan kebajikan pelajar Malaysia di Mesir
Tuan Puan cuba pandang sekeliling kita, sebenarnya masih ramai yang memerlukan pertolongan. Sayangnya jika kita tidak mangambil peluang ini untuk berbakti kepada mereka. Jom sama-sama kita Infaq Subuh bagi meringankan beban mereka. Jangan lupa, setiap kali ingin infaq, niatkan dalam hati supaya Allah makbulkan doa kita.. Aamiin..