Pusat Dakwah Remaja

Penerangan Projek

Gejala Sosial Remaja

“Seorang REMAJA POSITIF DADAH jenis syabu telah ditangkap ketika cuba mencuri tabung masjid pada Januari 2022 lepas.”

“Seorang REMAJA BERUSIA 15 TAHUN dan bayi lelaki yang dilahirkan cukup sifat itu mempunyai kesan tikaman di bahagian dada kiri itu.”

“Seorang PELAJAR KOLEJ didapati mencampak bayi yang baharu dilahirkannya dari tingkat 13 di sebuah apartmen pada Julai 2020.”

Golongan remaja yang seharusnya menjadi harapan negara, semakin lalai dari landasan hidup berwawasan. Faktor masalah keluarga dan pengaruh negatif rakan sebaya telah menyebabkan ramai remaja kehilangan jati diri. Kehadiran gajet dan media sosial pula, menggoncangkan lagi keimanan remaja dalam mencuba segala perkara popular meskipun ia melanggar syariat. Sehingga bila kita ingin BIARKAN MASALAH INI BERTERUSAN?

Ketiadaan tempat berhimpun remaja yang boleh dijadikan contoh ikutan, menyukarkan proses membentuk jati diri remaja muslim. Tanpa suri teladan yang baik dan dekat dengan remaja, jalan-jalan menuju kebaikan TAK MUDAH UNTUK DILALUI MEREKA SENDIRIAN.

Pusat Dakwah Remaja buat Anak-anak Kita

Dengan pembangunan Pusat Dakwah Remaja ini, anak-anak remaja kita mempunyai model tauladan yang boleh diikuti. Pengaruh baik dan gaya penyampaian yang hampir dengan remaja, boleh menarik mereka untuk terus mengukuhkan jati diri MENJADI INSAN RABBANI. Pentarbiahan diri anak-anak remaja kita, sekaligus menggerakkan dakwah dalam masyarakat dan memperlihatkan kehidupan harmoni dengan pergaulan sosial yang terjaga daripada masalah.

Kenapa Anak-anak Remaja Kita Perlu Dibantu?

Tanpa bimbingan yang baik, anak-anak remaja kita akan mudah terjatuh ke lembah masalah sosial dan dasarnya, bakal mencetuskan kes-kes jenayah yang merosakkan agama dan masyarakat. Mencuri, merompak, merogol, ketagihan dadah. Semua ini dapat dicegah daripada peringkat awal remaja dan menyuluh masa depan cerah buat negara bila potensi sebenar mereka tercapai.

Dr Yusuf al-Qardhawi menegaskan: “Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada hari ini.”

Bantuan yang Disalurkan

    • Bantuan penambahbaikan infrastruktur dan keselamatan pusat
    • Bantuan pembiayaan operasi Pusat Dakwah Remaja seperti gaji guru-guru
    • Bantuan secara one-off kepada Pusat Dakwah Remaja yang memerlukan
    • Bantuan latihan kemahiran golongan remaja & program serta aktiviti tarbiah golongan remaja

    Jumlah kos keseluruhan untuk operasi Pusat Dakwah Remaja ini memerlukan sebanyak RM605,000 setahun bagi memastikan program pembangunan jati diri remaja ini dapat dijalankan.

     

Program yang Dilaksanakan

Rakan kerjasama Tarbiah Sentap dan GT Clan telah melaksanakan beberapa program khusus kepada golongan remaja, seperti usrah bersama remaja, aktiviti gotong royong, aktiviti santuni orang tua dan aktiviti bantuan kepada golongan B40.

Penerima Bantuan

Melalui bantuan infak ini, Pusat Dakwah Remaja ini akan mempunyai dana yang mencukupi untuk pembangunan sebuah infrastruktur yang selesa dan mampu beroperasi dengan baik. Kejayaan menubuhkan Pusat Dakwah Remaja ini bakal melahirkan produk remaja yang berkualiti dan menyumbang semula kepada masyarakat serta menjadi pengaruh rakan sebaya yang mencetuskan persekitaraan berfikrah Islam.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ‘ibadah kepada rabbnya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang laki-laki yang saling mencintai karena Allah, mereka tidak bertemu kecuali karena Allah dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’, dan seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang laki-laki yang berzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah karena menangis.”

[Hadis Riwayat Abu Hurairah RA, Sahih Bukhari]

Mari kita berikan kekuatan buat anak-anak remaja kita membentuk jati diri melalui Pusat Dakwah Remaja oleh Yayasan Maghfirah.

Semoga bakti kita hari ini, bakal melahirkan pemimpin dan memberi masa depan yang lebih baik buat Islam.

سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إلَّا ظِلُّهُ: إِمامٌ عادِلٌ، وشابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّه تَعالى، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌفي المَسَاجِدِ، وَرَجُلانِ تَحَابَّا في اللَّه: اجتَمَعا عَلَيهِ، وتَفَرَّقَا عَلَيهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنِّي أَخافُ اللَّه، ورَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فأَخْفَاها، حتَّى لا تَعْلَمَ شِمالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينهُ، ورَجُلٌ ذَكَرَ اللَّه خالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ .

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ‘ibadah kepada rabbnya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang laki-laki yang saling mencintai karena Allah, mereka tidak bertemu kecuali karena Allah dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’, dan seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang laki-laki yang berdzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah karena menangis.”

HR Bukhari dan Ulama Hadith Lain

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • Tabung Sultan Muhammad Al-Fateh     RM 1000

  •  Tabung Imam As-Syafie                           RM 100

  •  Tabung Usamah bin Zayd                        RM 100

  • Tabung Saad Bin Abi Waqas                     RM 50

Penyumbang Terkini

Gambar kempen

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial