TAK SEMPAT BERINFAQ HARI LAIN?
SETIDAK-TIDAKNYA LAKUKAN PADA HARI JUMAAT YANG MULIA INI

PATUTLAH ISTIMEWA, HARI YANG LEBIH UTAMA BERSEDEKAH

Kelebihan bersedekah pada hari Jumaat jika dibandingkan dengan bersedekah pada hari-hari yang lain adalah sama seperti bersedekah pada bulan Ramadan.

Ibnu Qayyim berkata:

 “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya.”

JOM INFAQ Solar Pondok Warga Emas UNAIS

Kempen ini merupakan satu inisiatif penyediaan dana Pemasangan Sistem Solar Pusat Pembelajaran Dewasa Warga Emas di Sungai Buah, Dengkil. 
Pondok Unais berperanan sebagai sebuah rumah penjagaan warga tua (Islam) yang menyediakan kemudahan selesa untuk kesejahteraan hidup mereka di usia tua. Namun begitu, Kos penggunaan elektrik yang tinggi menjadi  antara asbab Program keagamaan seperti kelas – kelas agama, ceramah, kelas Al-Quran banyak dijalankan disini sebagai persediaan untuk warga emas ini menghadapi usia tua dan agar mereka kekal aktif dan produktif. Setiap bulan, pengurusan Pondok Unais perlu membayar bil elektrik sebanyak puluhan ribu ringgit kerana penggunaan elektrik yang tinggi. Pondok Unais merancang untuk memasang sistem solar bagi menjana tenaga elektrik seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan pada elektrik TNB.

Bentuk Bantuan yang akan salurkan

Bekerjasama dengan Raise Engineering Sdn. Bhd. memasang 200kW PV Sistem Solar jenis Net Energy Metering (NEM) di Pondok Pendidikan Dewasa (Pondok Unais).

Antara peralatan sistem solar yang diperlukan :
1. Solar Panel 435Wp (JA Solar) – 490 unit
2. Inverter (Sungrow SG110CX) – 2 unit
3. Solar DC Cable – 4 mm
4. Cable Trunking, Interconnections equipment, Earthing system
5. Aluminum roof top mounting & accessories required.

InshaAllah Pahala Anda Sentiasa mengalir sepanjang pengunaan sistem solar ini digunakan

1. Kos perbelanjaan bagi bil elektrik untuk setiap bulan dapat dikurangkan.
2. Penggunaan teknologi solar dapat menjamin kelestarian alam sekitar.
3. Kos penyelenggaran teknologi solar rendah hanya perlu diselenggara selepas 5 – 10 tahun penggunaan.

Jom Menyumbang Untuk Pendidikan Warga emas

Dengan Adanya Kempen sebegini, diharapkan pendidikan warga emas terus dibela dan Kos perbelanjaan bil elektrik yang tinggi dapat dikurangkan. Selain itu, Diharapkan dengan penjimatan kos elektrik ini dapat membuka ruang lain bagi aktiviti tahunan warga emas di Pondok Unais.

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ

Perumpamaan: “Bandingan bagi orang-orang yang menginfaqkan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, dan pada setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji yang lain.

Gambar kempen

Senarai Pakej

Penyumbang Terkini

Perkembangan Projek

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial