Infaq Solar Pondok UNAIS

Penerangan Projek

JOM INFAQ Solar Pondok Warga Emas UNAIS
Kempen ini merupakan satu inisiatif penyediaan dana Pemasangan Sistem Solar Pusat Pembelajaran Dewasa Warga Emas di Sungai Buah, Dengkil.
Pondok Unais berperanan sebagai sebuah rumah penjagaan warga tua (Islam) yang menyediakan kemudahan selesa untuk kesejahteraan hidup mereka di usia tua. Namun begitu, Kos penggunaan elektrik yang tinggi menjadi antara asbab Program keagamaan seperti kelas – kelas agama, ceramah, kelas Al-Quran banyak dijalankan disini sebagai persediaan untuk warga emas ini menghadapi usia tua dan agar mereka kekal aktif dan produktif. Setiap bulan, pengurusan Pondok Unais perlu membayar bil elektrik sebanyak puluhan ribu ringgit kerana penggunaan elektrik yang tinggi. Pondok Unais merancang untuk memasang sistem solar bagi menjana tenaga elektrik seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan pada elektrik TNB.
Bentuk Bantuan yang akan salurkan
Bekerjasama dengan Raise Engineering Sdn. Bhd. memasang 200kW PV Sistem Solar jenis Net Energy Metering (NEM) di Pondok Pendidikan Dewasa (Pondok Unais).
Antara peralatan sistem solar yang diperlukan :
1. Solar Panel 435Wp (JA Solar) – 490 unit
2. Inverter (Sungrow SG110CX) – 2 unit
3. Solar DC Cable – 4 mm
4. Cable Trunking, Interconnections equipment, Earthing system
5. Aluminum roof top mounting & accessories required.
InshaAllah Pahala Anda Sentiasa mengalir sepanjang pengunaan sistem solar ini digunakan
1. Kos perbelanjaan bagi bil elektrik untuk setiap bulan dapat dikurangkan.
2. Penggunaan teknologi solar dapat menjamin kelestarian alam sekitar.
3. Kos penyelenggaran teknologi solar rendah hanya perlu diselenggara selepas 5 – 10 tahun penggunaan.

Jom Menyumbang Untuk Pendidikan Warga emas
Dengan Adanya Kempen sebegini, diharapkan pendidikan warga emas terus dibela dan Kos perbelanjaan bil elektrik yang tinggi dapat dikurangkan. Selain itu, Diharapkan dengan penjimatan kos elektrik ini dapat membuka ruang lain bagi aktiviti tahunan warga emas di Pondok Unais.
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ
Perumpamaan: “Bandingan bagi orang-orang yang menginfaqkan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, dan pada setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji yang lain.
Gambar kempen
Senarai Pakej
sumbangan anda bermakna buat mereka.
Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :
- Pakej Syurga Darussalam : RM 30
- Pakej Syurga Ma’wa : RM 50
- Pakej Syurga Naim : RM 100
- Pakej Syurga Adnin : RM 500
- Pakej Syurga Firdaus : RM 1000