siapa kami

Infaq Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Fateh

Penerangan Projek

Hasrat Menjadikan Maahad Sebagai Pusat Latihan Pendakwah Bersepadu

Kewujudan maahad tahfiz di Malaysia bukanlah perkara baharu, dan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Malah, masyarakat mula melihat kepentingan maahad kepada pembinaan tarbiah dan peribadi anak-anak mereka.

Sebab itulah, ada ibu bapa yang gigih menghantar anak mereka ke maahad tahfiz. Dengan harapan, anak-anak mereka dapat menghafaz al-Quran dan menjadi orang yang berguna.

Namun, bukan semua maahad tahfiz mempunyai dana yang mencukupi untuk membina sahsiah pelajar melalui sistem tarbiah yang bersepadu. Lebih-lebih lagi, Maahad Tahfiz al-Fateh yang mempunyai ruang yang terbatas untuk pelajar menuntut ilmu. Bayangkan jika 100 orang pelajar berkumpul dalam bilik yang sempit, bagaimana pembelajaran dapat dijalankan dengan baik?

Oleh sebab itu, Huffaz Ummah dijalankan sebagai usaha besar untuk pembinaan bangunan 3 tingkat di maahad tahfiz ini. Jika sebelum ini, maahad dapat menampung 34 orang pelajar sahaja, namun kali ini pembinaan ini akan memuatkan 100 orang pelajar dalam ruang pembelajaran yang kondusif.

Setakat ini, bangunan utama Maahad Tahfiz al-Fateh yang telah siap dibina mengandungi:

  • Pejabat
  • Dewan
  • Surau
  • Kelas
  • Asrama lelaki
  • Dapur
  • Dewan makan
  • Arena berkuda
  • Tandas
  • Sistem penyimpanan air

Pembinaan bangunan 3 tingkat adalah bangunan tambahan sebagai pelengkap fasiliti di Maahad Tahfiz al-Fateh. Bangunan 3 tingkat ini bakal dibina dengan kemudahan:

  • Dewan terbuka
  • Asrama untuk pelajar perempuan
  • 21 buah kelas untuk pembelajaran
  • Tandas

Operasi dan pentadbiran maahad ini dapat berjalan dengan lancar sekiranya pembinaan bangunan 3 tingkat ini berjaya dilakukan. Malah, cita-cita maahad dapat dicapai dalam usaha pembentukan sahsiah pelajar dan mempunyai kemudahan sebagai pusat latihan untuk melahirkan pendakwah pada masa hadapan.

Bentuk Bantuan yang Diperlukan

Ketika ini, Maahad Tahfiz a-Fateh memerlukan dana sebanyak RM 3,750000.00 untuk pembinaan bangunan 3 tingkat ini.

Objektif Utama

Matlamat utama pembinaan bangunan tiga tingkat di Maahad Tahfiz al-Fateh adalah demi kepentingan pelajar dan guru. Pihak maahad sungguh komited untuk menjadikan maahad ini sebagai Pusat Latihan Pendakwah Bersepadu.

Melalui matlamat ini, maahad ini bakal melahirkan pendakwah yang berjaya pada masa hadapan. Selain itu, Maahad Tahfiz al-Fateh bercita-cita untuk membentuk sahsiah pelajar melalui sistem tarbiah yang bersepadu.

Sudah pasti, pihak maahad bersungguh-sungguh ingin membangunkan peribadi pelajar sebagai persediaan kepada mereka untuk menjadi pendakwah.

Jenis Bantuan

Pembinaan bangunan tambahan di Maahad Tahfiz al-Fateh adalah untuk menampung 100 orang pelajar dalam satu-satu masa. Oleh itu, pembinaan bangunan 3 tingkat ini berupaya untuk menyediakan:

  • Dewan terbuka
  • Asrama untuk pelajar perempuan
  • 21 buah kelas untuk pembelajaran
  • Tandas

 Dengan kemudahan ini, pelajar dapat menikmati pembelajaran dalam keadaan yang selesa dan menyenangkan. Maka, usaha maahad untuk melahirkan generasi pendakwah dapat dicapai sekiranya hasrat ini berjaya dilaksanakan.

Penerima Bantuan

Bayangkan bukan sahaja pelajar mendapat kebaikan daripada usaha pembinaan bangunan baharu ini, malah guru-guru pun dapat menunaikan tanggungjawab memberikan ilmu dengan baik.

Dengan usaha murni ini, tak mustahil maahad ini mampu menjadi sebuah pusat tahfiz yang cemerlang dalam mentarbiah pelajar.

Sudikah Tuan/Puan Menunaikan Impian Mereka?

Besar harapan kami agar bantuan yang dihulurkan mampu mencapai cita-cita dan harapan pihak Maahad Tahfiz al-Fateh dalam usaha menjadi Pusat Latihan Pendakwah Bersepadu. Sesungguhnya setiap bantuan yang kita hulurkan untuk membantu anak-anak ini berjihad di jalan Allah SWT, akan diberikan kesenangan dan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita.

 “Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah SWT akan membantu keperluannya”.

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • Pakej Syurga Darussalam      : RM 50
  • Pakej Syurga Ma’wa                    : RM 100
  • Pakej Syurga Naim                       : RM 300
  • Pakej Syurga Adnin                      : RM 500
  • Pakej Syurga Firdaus                  : RM 1000

Penyumbang Terkini

Gambar kempen

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!