Kempen Tabung Pendidikan Miskin Bandar dan Projek Perumahan Rakyat

TABUNG PENDIDIKAN MASYARAKAT MISKIN BANDAR & PPR ialah sebuah inisiatif kebajikan dan kemanusiaan Yayasan Maghfirah bagi membantu pelajar-pelajar yang diiktiraf dari keluarga miskin bandar dengan memberi bantuan kewangan pendidikan agar mereka dapat meneruskan persekolahan mereka.

Umum mengetahui bahawa keperluan Pendidikan masa kini amatlah tinggi nilai kosnya. Hal ini telahpun membebankan ramai rakyat marhean seperti masyarakat miskin bandar. Akibat daripada itu, ramai pelajar golongan ini terpaksa berhenti belajar separuh jalan mahupun tidak bersekolah langsung.

Mendapatkan pendidikan yang baik merupakan hak asasi setiap manusia. Dalam pelaksanaannya bukan hanya kewajipan pada pemimpin negara, namun ia melibatkan seluruh masyarakat yang berada di sekitarnya.

Terdapat beberapa projek tabung yang telah dirancang di bawah kempen ini. Kesemua tabung dana ini khusus akan disalurkan kepada golongan miskin bandar dan PPR. Antaranya adalah:

  • Tabung Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ)
  • Tabung Bantuan Persekolahan
  • Tabung Bantuan Makanan
  • Tabung Bantuan Tusyen/Mentoring
  • Tabung Pasar Bergerak FAMA

YM amat berharap agar sedikit usaha ini mampu meringankan beban dan memudahkan urusan kehidupan mereka yang memerlukan dalam menanggung kos hidup yang tinggi kini.