Yayasan Maghfirah

Kekurangan Penglihatan Tidak Patahkan Semangat Mereka Membaca Al-Quran

Setiap kali melihat mereka yang cacat penglihatan, tetapi pandai membaca al-Quran, pasti akan terbit rasa kagum dalam diri.

Sedangkan diri kita tak mampu membaca sebaik mereka. Subhanallah. Walaupun hakikatnya, mereka perlu menjalani cabaran untuk membaca al-Quran.

Antaranya, OKU penglihatan perlu terlebih dulu memahami kod asas Braille, yang pasti bukan mengambil masa sehari. Subhanallah, dengan sentuhan sahaja mereka mampu mengenal huruf.

Proses yang panjang ini akhirnya berbaloi untuk mereka, dengan membaca, mempelajari dan mendalami al-Quran dengan begitu sempurna.

Namun, adanya Quran Braille benar-benar membantu proses pembelajaran mereka tetapi dalam masa yang sama, masih ramai OKU penglihatan memerlukan al-Quran Braille untuk memahami al-Quran.

Dengan kesempatan ini, kami mengajak anda untuk merebut pahala dengan infaq Quran Braille kepada mereka.

Pakej pemberian Quran Braille:
1. Kelas Pengajian + Quran Braille : RM500
2. 1 Naskhah al-Quran Braille : RM400
3. Kelas Pengajian Braille : RM100
4. Infaq Iqra’ Braille : RM90
5. Muqaddam & Tajwid Braille : RM45

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *