Yayasan Maghfirah

Kebahagiaan Di Sebalik Kesabaran

Kesabaran yang kita tanam hari ini dalam diri akan membawa kebahagiaan pada akhirnya. Bukan semua mampu menyemai kesabaran setiap kali menerima ujian! Ada yang menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi. Tak kurang pula yang menyalahkan orang lain sebagai sebab diuji.

 

Puncak sabarnya seseorang apabila dia reda dan ikhlas. Tak pernah berburuk sangka dengan yang lain. Tetap istiqamah menjadi lebih baik walaupun dibenci orang lain. Sesungguhnya, Tuhan kita tidak pernah membenci malah, semakin diuji semakin Allah SWT mahu hamba-Nya lebih dekat kepadanya.

 

Di sebalik tangisan dan air mata, Tuhan akan gantikan dengan apa yang perlu buat kita. Sampai-sampai kita lupa bahawa kita pernah bersedih dan terluka. Teruskan bersabar dan tersenyumlah walau susah. Pada kemanisan di setiap titik kesabaran yang kita pahat dalam hati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *