Yayasan Maghfirah

Infaq Perigi Muslim Kemboja

SELEPAS KITA TIADA DI DUNIA PUN PAHALA AKAN TERUS MENGALIR DAN MENGALIR 💦
MARI BERINFAQ PERIGI UNTUK MUSLIM KEMBOJA🇰🇭
Syukur kita di negara ini, sumber air masih bersih, masih selamat untuk diminum. Namun berbeza pula dengan nasib saudara Muslim kita di Kemboja.
.
Masyarakat Muslim di Kampung Chongklong ketandusan sumber air bersih. Keadaan di sana sangat darurat. Demi kelangsungan hidup, mereka terpaksa menutup mata dan menahan deria bau menggunakan sumber air yang kotor dan berbau busuk untuk diminum.
.
Tanya hati dan iman masing-masing! Sanggupkah kita membiarkan nasib saudara Muslim kita terus tidak terbela di negara yang majoritinya bukan Islam?
.
Yayasan Maghfirah melalui Projek Wakaf Umat mengajak tuan/puan berinfaq dalam Infaq Perigi Kemboja 2020. Sumbangan infaq itu akan digunakan untuk membina 10 buah perigi sumber air bersih sebagai hadiah kepada penduduk Kampung Chongklong.
.
Sangat rugi jika tuan/puan melepaskan peluang infaq ini. Kami akan mengasingkan 8 buah perigi untuk dituliskan nama penginfaq, manakala selebihnya dua buah perigi untuk penyumbang seikhlas hati.
.
Ayuh tuan-puan, hanya ada 40 nama sahaja untuk 8 buah perigi tersebut. Ya, tuan/puan boleh menginfaq untuk diri sendiri, ibubapa, anak atau orang tersayang.
.
Inilah peluang untuk membantu saudara-saudara kita yang dalam kedaifan, di samping meraih saham pahala yang terus mengalir sehingga akhirat.
.
Rasulullah SAW;
“Ada tujuh hal yang pahalanya akan tetap mengalir bagi seorang hamba padahal dia sudah terbaring dalam kuburnya setelah ia meninggal dunia (salah satunya) orang yang menggali sumur.”
(HR. Bazzar).
Mahu berinfaq untuk diri, orang tersayang atau menyumbang seikhlas hati? ❤

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *