Yayasan Maghfirah

Perigi Kemboja Ke-25 Siap Dibina

Alhamdulillah perigi ke- 25 telah berjaya dibina & diinfaqkan atas nama Allahyarham Sairi Bin Dakdang, Allahyarham Marwah bin Madar, Marhazlinda Bt Jamaluddin serta sebahagian lagi adalah sumbangan hasil infaq orang ramai.

 

Yayasan Maghfirah & Kasih Serantau mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada keluarga & para penginfaq yang melakukan sumbangan membina perigi ini.

 

Hasil infaq Tuan/Puan telah menceriakan para penduduk di sini. Bayangkan sudah puluhan tahun mereka mengharapkan supaya masalah air di kawasan tempat tinggal mereka diselesaikan. Sebelum ini, disebabkan tiada sumber air yang bersih segala aktiviti harian seperti memasak, bercucuk tanam dan membasuh pakaian tergendala.

 

Yang paling sedih, ketiadaan sumber air yang bersih juga menyebabkan mereka sukar untuk melaksanakan ibadah seperti mengambil wuduk & bersolat.

 

Semoga Allah SWT membalas amal yang tuan/puan lakukan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin YRA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *