20/9/2020 (AHAD) – Yayasan Maghfirah telah mengedarkan hampir 200 Essential Kit kepada penduduk di Apartmen Jinjang Baru, Kepong. Lebih 50 keluarga yang telah menerima sumbangan berupa kit tersebut.
Rata-rata penerima berterima kasih dan melahirkan rasa syukur kerana sekurang-kurangnya dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian mereka sekaligus membantu dalam mencegah penularan wabak covid-19.
Teruskan menyumbang. Semoga lebih ramai penerima yang boleh mendapat manfaat daripada sumbangan anda.