siapa kami

Pembangunan Darul Maghfirah, Mesir

Penerangan Projek

Yayasan Maghfirah Mesir

Mesir merupakan negara yang tidak pernah putus dengan kedatangan pelajar Malaysia untukjjsjfjsfj melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar.

Mahasiswa Malaysia di Cairo sahaja dijangka mencecah lebih daripada 8,000 mahasiswa. Ramai dalam kalangan mereka daripada golongan B40 yang tidak mendapat sebarang tajaan dan keadaan mereka semakin terjejas disebabkan Covid yang melanda.

Di Mesir, tajaan zakat berbeza mengikut negeri kerana sesetengah keadaan hanya memerlukan pelajar meraih lulus sahaja sudah melayakkan mereka menerima tajaan zakat manakala sesetengah lagi mempunyai syarat yang sangat ketat seperti perlu mendapat pangkat Mumtaz baru mendapat tajaan. Terdapat juga situasi dimana negeri yang membuka seluas-luas peluang penajaan dengan jumlah penerima yang ramai dan ada juga negeri yang mengehadkan kepada 20 orang sahaja.

Jadi isu tajaan ini sangat besar di Mesir. Meskipun kos yuran dan sara hidup tidak setinggi di Malaysia, namun disebabkan ramai yang datang daripada keluarga B40 telah menyebabkan ia tetap menjadi masalah utama. Akhirnya, sesetengah daripada mereka mengambil keputusan untuk menghabiskan masa dengan bekerja.

Namun isu lain pula yang timbul apabila pilihan tempat kerja yang ada hanyalah bekerja di kedai makan. Jadi masa yang sepatutnya digunakan untuk menimba ilmu telah dihabiskan pada kerja.

Bentuk Bantuan yang kita salurkan

Sistem sewa rumah di Mesir telah menetapkan harga permulaan sekitar 2000-3500 LE mengikut kawasan dan kadar sewa akan meningkat sebanyak 10% setiap tahun namun kebanyakan tuan rumah akan mengambil kesempatan dengan mengenakan cas kenaikan sebanyak 15%-20%. Antara masalah lain yang sering berlaku adalah tuan rumah sering meminta kos tambahan luar daripada kontrak yang dipersetujui bersama. Kesannya, mahasiswa dihalau keluar daripada rumah tersebut tanpa sebarang pulangan deposit. Masalah tuan rumah di Mesir telah menjadi isu yang sangat berat sehingga mahasiswa mewujudkan satu medium untuk berkongsi maklumat rumah yang mempunyai isu tuan rumah.

Sumbangan kita
dapat kurangkan beban mereka di sana !

Mahasiswa memerlukan input di luar universiti bagi melahirkan ulama kerana jika hanya berpandukan silibus semata tidak akan cukup. Selepas berlaku perubahan kerajaan pada 2013, kelas-kelas pengajian sudah mula dihadkan hanya di pusat-pusat yang bernaung di bawah institut Al-Azhar sahaja. Maka, tiada lagi lambakan kelas-kelas pengajian umum di masjid. Pusat-pusat yang bernaung di bawah institut Al-Azhar juga tidak banyak, ruangnya juga kecil dan jauh daripada komuniti mahasiswa Malaysia.

Bilangan pelajar jurusan Pendidikan Islam di Al-Azhar yang sangat ramai, dijangka melebihi 20 ribu telah menimbulkan situasi yang sukar buat mahasiswa Malaysia untuk bersaing dengan mahasiswa yang lain bagi mendapatkan ruang dan peluang pembelajaran di luar kelas.

Isu perpustakan di Mesir adalah bilangan perpustakaannya yang sangat terhad. Seperti yang kita sedia maklum, sememangnya perpustakaan adalah satu keperluan bagi proses merujuk bahan dan mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif. Namun berbeza ketika belajar di Mesir kerana perpustakaan universiti sangat jauh dari penempatan mahasiswa.

Mereka perlu menempuh perjalanan selama 1 jam atau 1 jam setengah. Tempoh operasinya juga singkat iaitu dari 9 a.m sehingga 3 p.m. Perpustakaan universiti itu turut tidak mesra pelajar kerana terdapat sesetengah perpustakaan yang sangat susah memberi keizinan untuk mahasiswa menggunakan ruang perpustakaan dan ada juga fakulti yang kerap kali menutup operasinya.

Saya suka la
Hudar
Dg

Objektif Kempen

Menyediakan asrama bagi menempatkan 60 mahasiswa Malaysia B40 di Mesir dan menjadi pusat kebajikan yang akan menyalurkan bantuan kepada mahasiswa Malaysia di Mesir yang tergolong dalam golongan B40. Selain itu, kelas pengajian tambahan luar Universiti turut dapat disediakan bagi melahirkan ulama’ pewaris Nabi serta menyediakan sebuah perpustakaan terbuka kepada seluruh mahasiswa.

Jenis Bantuan

Pada tahun 2020, bantuan tajaan tiket penerbangan pulang ke Malaysia pernah disalurkan khas untuk 100 mahasiswa yang tidak berkemampuan.

i) Bangunan yang mempunyai 7 tingkat ini akan menyediakan:

  • Asrama bagi 60 mahasiswa Malaysia di Mesir yang tergolong dalam golongan B40
  • Sebuah perpustakaan dan 2 buah perpustakaan mini (siswa dan siswi berasingan)
  • Sebuah surau
  • 4 kelas dan 2 dewan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu masa
  • Dewan makan untuk mahasiswa yang menetap di asrama

ii) Keperluan bangunan

  • 30 katil 2 tingkat
  • 60 almari pakaian
  • 5 papan putih
  • 1 PA sistem
  • 10 almari buku
  • 10 meja

Jumlah sasaran sumbangan yang diperlukan adalah sebanyak RM 5,800,000.00 bagi membeli bangunan, fasiliti dan menyelenggara kerosakan yang ada.

Penerima Bantuan

MAHASISWA MALAYSIA DI MESIR (GOLONGAN B40)

Sudikah Tuan/Puan Ringankan beban mereka?

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban kos sara hidup yang harus ditanggung oleh mahasiswa Malaysia di Mesir dan meringankan beban tanggungan gelandangan Arab Mesir. Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”

Riwayat al-Bukhari

Senarai Pakej

sumbangan anda bermakna buat mereka.

Pakej Sumbangan adalah seperti berikut :

  • Pakej Syurga Darussalam      : RM 30
  • Pakej Syurga Ma’wa                    : RM 50
  • Pakej Syurga Naim                       : RM 100
  • Pakej Syurga Adnin                      : RM 500
  • Pakej Syurga Firdaus                  : RM 1000

Penyumbang Terkini

Gambar kempen

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!