Jadilah seperti pokok, saat orang membaling batu kepadamu, kau membalasnya dengan buah yang ranum.
(Hassan al-Banna)
Hidup bersama alam, banyak yang kita pelajari. Misalnya meniru sifat pokok selalu berbuah dan memberikan manfaatkan kepada manusia walaupun dilempar batu.
Analoginya, kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan sebaliknya kebaikan.
Berlemah-lembut dan tuturkan perkataan yang manis biarpun dibalas dengan perkara yang jahat.
Kerana sesungguhnya kejahatan takkan pernah menang. Kebaikan akan menundukkan kejahatan, sebagaimana fitrah manusia yang dicipta melakukan kebaikan.