Yayasan Maghfirah

Bantuan Makanan Asnaf Buat Keluarga Yang Memerlukan

3 Mac 2021 (RABU) – Alhamdulillah, wakil Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan kepada keluarga Puan Yazira Yahya di Cheras, Selangor.

 

Beliau merupakan golongan B40 yang mempunyai dua anak sakit kronik. Anak pertama mempunyai masalah buah pinggang dan terpaksa berulang alik HUKM untuk rawatan. Manakala seorang anaknya mempunai masalah kronik paru paru.

 

Oleh itu, demi memastikan kesihatan anak bongsunya yang mengalami masalah paru-paru, Puan Yazira telah dinasihatkan oleh doktor supaya ikhtiar berpindah ke rumah lain kerana sebelum ini beliau tinggal di rumah dengan bilangan isi rumah lebih kurang 13 orang. Hal ini bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman paru-paru anaknya berulang dimasa akan datang.

 

Antara jenis bantuan yang Yayasan Maghfirah telah berikan kepada mereka adalah dalam bentuk bayaran deposit rumah baru dan juga beberapa barangan asas peralatan rumah.

 

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban beliau dan sekeluarga.
Teruskan sumbangan agar lebih ramai lagi golongan memerlukan yang dapat kami santuni melalui Bantuan Makanan Asnaf.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *