MALAM LAILATUL QADAR: MALAM ISTIMEWA 1,000 BULAN

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesugguhnya bulan  ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, di dalamnya terdapat malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam tersebut sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara tersebut kecuali orang-orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah Taala.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Lailatul Qadar (لیلة القدر‎) adalah satu malam istimewa yang sangat dinantikan oleh setiap umat Islam. Betapa beruntungnya kita dipertemukan dengan malam istimewa ini.

Kini kita berada di fasa penghujung Ramadan. Rugilah mereka yang mensia-siakan kedatangan Ramadan dan membiarkan malam Lailatul Qadar berlalu begitu saja tanpa melakukan amal soleh.

Tuan puan nak tahu tak? Apabila kita bersedekah jatuh pada malam Lailatul Qadar walaupun serendah RM 1, seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 tahun. Baiknya Allah dengan kita walau hanya sekecil kebaikan kita lakukan di bulan Ramadan, namun begitu besar ganjarannya! Tetapi sejauh manakah kita menghagai kurniaan Allah ini?

Pihak kami masih memerlukan lagi RM 294,760 untuk mengagihkan bantuan kotak kasih barangan asas dan pek makanan iftar kepada lebih ramai penerima manfaat.

Alhamdulillah sepanjang 3 minggu lepas, lebih 8,000 penerima manfaat yang terdiri dari fakir miskin, anak yatim, pelajar tahfiz, mahasiswa, warga tua dan golongan OKU telah menerima bantuan dan makanan daripada sumbangan orang awam di luar sana.

Namun kini, pihak Yayasan Maghfirah masih belum memiliki dana yang cukup untuk kita berikan kepada lebih 15,000 orang yang amat memerlukan bantuan di akhir Ramadan tahun ini. 

Ayuh bersama Yayasan Maghfirah untuk infaqkan sedikit harta kita buat mereka!
 
Kalau di mata yang lain RM 20 itu adalah satu nilai yang sedikit, namun ketahulilah di sisi Allah dan pihak kami, ia adalah nilai yang sangat besar dan amat bermakna buat mereka di luar sana.
 
Hakikatnya sedekah yang tuan puan lakukan hari ini, bukanlah akan menguntungkan pihak  kami, namun keuntungan yang sebenar ialah bagi mereka yang memberi. 

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial